BIJAK ALQURAN BIJAK TAJWID

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah bermulalah saya sekali lagi menulis di firdaosmohdrawi.com. Terdapat masalah teknikal yang berlaku dan alhamdulillah semuanya telah dapat diselamatkan. Yang penting Try And Adjust.

Di sini saya cuba kongsikan dengan anda apa yang saya mampu untuk beri. Saya yakin ia akan memberikan manfaat kepada anda dan saya mengharapkan apa sahaja yang dikongsikan di sini boleh diambil manfaat.

Al-Quran semua kita tahu ia merupakan kitab suci yang diturunkan sebagai panduan kepada hidup kita. Sangat kelakar bagi orang yang mengakui Islam tak percaya dengan salah satu rukun Iman iaitu beriman kepada Kitab yang diturunkan. Kita umat Muhammad saw dianugerahkan Allah swt dengan kitab al-Quran.

Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw. Dalam banyak-banyak mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi saw samaada membelah bulan, air keluar dari celah jari baginda, memberi makan kambing kepada ramai orang dan banyak lagi mukjizat kurniaan Allah,

al-Quran adalah mukjizat teragung dan kekal sehingga hari kiamat. Kita yang hidup pada zaman ini masih dapat melihat al-Quran dalam bentuk aslinya dan tiada perubahan yang berjaya dilakukan walaupun ramai yang cuba untuk menukar ayat dan sebagainya.

Tepat dan benarlah janji Allah swt bahawa Allah swt yang menurunkan al-Quran dan Allas swt yang akan menjaganya. Menjaga keasliannya, ayat-ayatnya sehingga hari kiamat.

( إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون ( 9 ) )

Bahawa sesunggunya Kami yang menurunkan azzikr ( al-Quran ) dan bahawa sungguh sesungguhnya Kami akan memeliharanya.

Ini janji yang memang pasti daripada Allah swt. Kita sendiri melihat bagaimana ramai orang yang menjaga kitab Allah swt melalui hafazan dan tulisan. Sejak dari zaman Nabi Muhammad saw sehingga zaman kita sekarang ini.

Mereka yang menhafaza, yang mengumpulkan al-Quran yang membariskan al-Quran yang bekerja keras mengajar al-Quran siang dan malam agar kitab ini terpelihara dan terjaga.

Apakah salahnya kita menjadi salah seorang daripada mereka yang menjaga al-Quran? Kita boleh menghafaz, kalau tidak kita boleh beri duit kepada orang yang bersedia menghafaz. Membantu mereka yang ingin membuka Maahad Tahfiz sebagai contoh. Jika tidak mampu kita boleh memberikan idea.

Semoga usaha ini mendapat kebaikan daripada Allah swt dan dapat mengalirkan pahala dan kebaijikan kepada mereka yang telah membina kehidupan saya. Ibu bapa saya, keluarga saya, guru-guru saya yang telah membentuk diri saya pada hari ini. Semoga Allah swt memandang kamu semua dengan penuh kasih sayang.

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Google

Imam Hafs

Leave A Response

* Denotes Required Field