TINGKATAN BACAAN AL-QURAN

Teks : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Dari simpanan Laptop.

tingkatan bacaan alquran imam ibn jazari

Setiap tingkatan bacaan al-Quran perlu dibaca dengan tartil

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Anda sudah tentu biasa mendengar bacaan al-Quran daripada bacaan imam-imam yang besar. Bacaan daripada Imam Masyari Al-Afasi, Imam Sudais, Imam Shuraim, Imam al-Ghamidi dan ramai lagi.

Anda juga biasa dengar bacaan ketika dalam majlis Tilawah al-Quran. Anda juga biasa mendengar bacaan Imam-Imam di dalam solat kan.

Ada perbezaan atau tidak dalam kelajuan bacaan mereka?

Adakah anda tahu terdapat kadar kelajuan terdapat dalam bacaan al-Quran. Berikut merupakan kadar bacaan al-Quran.

Bacaan Tahqiq

Bacaan Hadar

Bacaan Tadwir

 

Imam Al-Jazari menyebut dalam kitab Annasyru.
Ada 3 tingkatan (kadar laju) dalam membaca al-Quran iaitu :

 

1- Attahqiq ( bacaan yang sangat lambat, tenang, jelas pengucapannya dan menunaikan haq huruf dengan sebaik-baiknya )
sesuai bagi mereka yang mengajar al-Quran kepada mereka yang mahu belajar membaca al-Quran untuk membetulkan bacaan.

2- Alhadr ( bacaan yang cepat ).

3- Attadwir ( bacaan yang tidak cepat dan tidak lambat ) yang sedang sahaja.
Bacaan ini biasa dibaca oleh imam di dalam solat.

Tiga tingkatan bacaan ini semua diperbolehkan dengan syarat membaca dengan secaraTartil.

 

Apakah Tartil itu?

 

Tartil mengikut Imam Ibn Jazari bukanlah tingkatan membaca al-Quran tetapi tartil perlu ada pada setiap tingkatan bacaan al-Quran.

Tartil perlu ada pada setiap bacaan tahqiq alhadr dan attadwir

Beliau menyebut di dalam bait kalam beliau dalam Toyyibatun Nasyri (طيبة النشر )

 

ويقرأ القران بالتحقيق   مع حدر وتدوير وكل متبع

مع حسن صوت بلحون العرب   مرتلا مجودا بالعربي

 

 

Alquran dibaca dengan attahqiq, dan dengan cepat dan pertengahan harus. Dengan suara yang baik dengan irama arab dan dengan tartil
dan dibaguskan dengan fasih bahasa arab. Maka tartil masuk ke dalam ketiga-tiga tingkatan bacaan al-Quran.

Dan dibaguskan bacaan dengan fasih sesuai bahasa arab iaitu dengan huruf huruf arab.

Tartil adalah membaca al-Quran dengan hikmat, baik, saksama, khusyukh dan memperhatikan makna dengan tajwid, panjang pendek, waqaf, ibtidak.

Sebahagian ulama menketegorikan tartil termasuk  dalam tingkatan bacaan al-Quran
seperti ini.

Tahqiq

Tartil

Tadwir

Hadar

Mengikut pandangan Imam Ibn al-Jazari tiga sahaja tingkatan bacaan al-Quran dan tartil perlu dijaga pada setiap tingkatan bacaan tersebut.

#Bacaan Hadar biasa dibaca oleh mereka yang menghafaz al-Quran. Dibaca untuk mengulang-ngulang hafazan mereka. Semoga bermanfaat.

# Untuk mengetahui bagaimanakah kadar bacaan anda, adalah sepatutnya bertemu dengan mereka yang mahir dan ahli dalam ilmu pembacaan al-Quran bagi memberikan panduan kepada anda.

 

Anda belajar sesuatu hari ini? Sila share tanda terima kasih anda pada tulisan ini. Sharing is caring. Jom sharing pahala.

 

Leave A Response

* Denotes Required Field