JANGAN BIARKAN AL-QURAN BEGITU SAHAJA

 

 

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Al-Quran yang ada dalam tangan kita pada hari ini, tidaklah seperti mana ia ketika zaman Nabi sollollahu alaihi wasallam. Ketika itu ada yang tertulis di pelepah tamar, kulit binatang dan batu ( likhaf ).

Apakah yang boleh memberikan motivasi kepada kita untuk membaca al-Quran? Dengan membaca sejarah, kita mungkin akan bersemangat untuk membaca al-Quran. Kita boleh lihat dalam sejarah para sahabat berlumba-lumba dalam membaca al-Quran.

Ini kerana membaca al-Quran memberikan ketenangan jiwa selain pahala ganjaran yang dijanjikan Allah subhanahu wataala.

Saidina Othman Radhiahllahu anhu sebagai contoh. Baliau menghabiskan bacaan 30 juzuk dalam satu rakaat witir sahaja. Ia memang suatu perkara yang menakjubkan kita. Kita mungkin berkata, mereka itu sahabat manusia terpilih.

Sedar atau tidak kita juga manusia terpilih. Kuntum khaira ummah. Kamu ummat yang terbaik. Masakan kita tidak terpilih, sedangkan kita terpilih menjadi ummat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Kita terpilih untuk masih memegang kitab samawi iaitu al-Quran yang masih terpelihara sehingga kini. Bahan sehingga hari kiamat. Itu janji Allah yang sudah pasti.

“Kami menurunkan peringatan ( Al-Quran ) dan kami yang akan memeliharanya.”

Berbeza dengan kitab samawi yang sebelumnya.

Oleh itu takkan kita hendak membiarkannya sahaja. Menjadi perhiasan di dinding-dinding. Susunan yang tersusun rapi di dalam almari. Bukankah kita yang terlebih aula untuk membacanya?

Satu perkara yang boleh kita ingati bahawa Allah subhanahu wataala tidak memerlukan kita untuk membaca kitabnya. Kita yang memerlukannya.

Leave A Response

* Denotes Required Field