IDGHAM MAAL GHUNNAH & IDGHAM BILA GHUNNAH

 

 

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sudahkah anda mengenal dan menguasai bacaan idgham. 8 daripada 10 orang yang membaca al-Quran selalu tersalah apabila membaca ayat yang megandungi hukum idgham ini.

Pengenalan :

Idgham dari segi bahasa : membawa maksud memasukkan

Idgham dari segi istilah : Menggabungkan bunyi huruf yang bertanda sukun ke dalam huruf berbaris.

Huruf-huruf idgam ada 6 iaitu : (ي رم ل و ن   (يرملون

Soalan  : Kenapakah ia dinamakan dengan Idgham?

Jawapan : Kerana mengidghamkan ( memasukkan bunyi huruf ) nun yang sukun atau tanwin ke dalam huruf selepasnya.

Jenis-jenis idgham :

Terdapat dua jenis idgham yang berkaitan dengan huruf nun mati dan tanwin  iaitu

1- Idgham Maal Ghunnah ( Idgham beserta dengung )

2- Idgham Bila Ghunnah  ( Idgham tanpa dengung )

# idgham mithlain / idgham mutaqoribain / idgham mutajanisain idgham yang tidak melibatkan huruf nun mati dan tanwin.

 

1- IDGHAM MAAL GHUNNAH

Terdapat 4 huruf Idgham Maal Ghunnah iaitu ي و م ن

Apabila huruf nun yang bertanda mati atau huruf-huruf yang berbaris tanwin datang selepasnya salah satu daripada empat huruf ini ي و م ن  maka akan berlaku idgham maal gunnah.

 

  1. IDGHAM BILA GHUNNAH ( idgham tanpa dengung )

 

Terdapat dua huruf idgahm bila ghunnah iaitu ل dan ر

Apabila huruf  ن yang bertanda mati atau  tanwin bertemu dengan salah satu daripada dua huruf ini ل dan ر maka terjadilah idgham tetapi tanpa dengung. Memasukkan huruf ن yang bertanda sukun atau tanwin ke dalam huruf ل atau ر tanpa dengung.

3- TERDAPAT 4 BENTUK IDGHAM BILA GHUNNAH

أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ ) البقرة 12 )  nun yang sukun  dengan lam

ذَ‌ٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ) البقرة 2 )tanwin dengan lam

…كُلُوا۟ مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ …) سبأ 15 )nun sukun dengan ro

إِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ ) النحل 7 ) tanwin dengan ro

 

Kelebihan Mempelajari Al-quran

Trainer Kem Tahfiz Al-Quran

Leave A Response

* Denotes Required Field