Apakah yang dimaksudkan dengan nun sakinah (نْ)?
Ia lebih dikenali dengan nun mati bersifat ghunnah iaitu dengung.
Tanwin pula ialah dua baris samaada dua baris diatas , dua baris di bawah, dan dua baris dihadapan.
Apabila nun sakinah (نْ) ataupun tanwin bertemu dengan huruf-huruf yang tertentu daripada 6 hukum di atas sebagai contoh bertemu dengan huruf ح -( huruf izhar ) maka bacaan nun sakinah (نْ) ataupun tanwin perlulah diizharkan iaitu perlu dijelaskan. Sekiranya huruf nun sakinah (نْ) ataupun tanwin bertemu dengan huruf ikhfak maka bacaan perlu diikhfa’kan. Sekiranya nun sakinah (نْ) ataupun tanwin bertemu dengan huruf idgham maka nun sakinah (نْ) ataupun tanwin perlu diidghamkan.
Terdapat 6 Hukum Yang Melibatkan Nun Mati dan Tanwin :
2-Idgham Ma’al Ghunnah
3-Idgham Bilal Ghunnah
4- Izhar Mutlaq
5-Iqlab
6-Ikhfa Haqiqi
Kita kupaskan satu persatu hukum pada entry yang berbeza. Semoga bermanfaat.
#QuranPower
#TajwidPower
Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Simpanan Peribadi
Leave A Response