MAD LAZIM

MAD LAZIM

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mad lazim berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf yang bertanda sukun asli.
Dinamakan mad lazim kerana semua ulamak qurra bersepakat ia lazim dibaca dengan kadar 6 harakah maka ia dinamakan mad lazim.

Mad lazim terbahagi kepada dua. Pertama  dalam bentuk huruf. Kedua dalam bentuk kalimah.

dalam bentuk huruf ia terletak di 29 surah di dalam alquran. contohnya الم .   Mad lazim juga berlaku di dalam kalimah contohnya kalimah الضالين .

Perhatian!  Mad lazim harfi dan mad lazim kalimi terbahagi kepada dua. Menjadikan mad lazim mempunyai empat bentuk yang perlu diambil perhatian agar dapat dibezakan.

madlazim
MAD LAZIM YANG BERADA DI DALAM KALIMAH

Pada gambarajah di atas dapat dilihat dengan jelas pembahagian mad lazim. Jika diperhatikan pada mad lazim harfi, yang berlaku pada huruf-huruf “secret letter” di awal 29 surah, mungkin tertanya-tanya bagaimana cara untuk membezakan antara mukhaffaf dan muthaqqal.

Begitu juga bila melihat contoh pada mad lazim kalimi bagaimana pula hendak membezakan antara mad lazim kalimi mukhaffaf dan mad lazim kalimi muthaqqal.

Perlu diketahui bahawa yang membezakan antara mukhaffaf dan muthaqqal adalah tanda sukun dan tanda sabdu. Tanda sukun menunjukkan ia mukhaffaf(ringan) manakala tanda sabdu menunjukkan ia muthaqqal (berat).

Contoh pada kalimah

Mad Lazim Kalimi
Selepas huruf mad terdapat huruf sukun asli. Asal huruf لّ (bersabdu) terdidir daripada 2 huruf ل iaitu لْ لِ. Lam pertama bertanda sukun dan lam kedua berbaris bawah. Lam pertama diidghamkan kedalam lam yang kedua menjadikannya satu huruf yang bersabdu. Ia dinamakan mad lazim kalimi muthaqqal.

mad – bermaksud panjang
lazim – sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
kalimi – berlaku dalam kalimah
muthaqqal (berat)- selepas huruf mad ada tanda sabdu

Sekiranya mad lazim  berlaku dalam kalimah yang tidak mempunyai tanda sabdu selepasnya seperti contoh pada kalimah

mad lazim kalimi mukhoffaf
Ia dinamakan mad lazim kalimi mukhaffaf.

mad – bermaksud panjang
lazim – lazim – sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
kalimi – berlaku dalam kalimah
mukhaffaf (ringan)-  selepas huruf mad tiada sabdu

MAD LAZIM YANG BERADA DI DALAM HURUF
 
 
Pada gambarajah di atas juga boleh dilihat pada kalimah
mad lazim harfi muthaqqol
mad lazim harfi mukhoffaf
Dalam gambarajah yang pertama pada kalimah yang sama  huruf lam dimerahkan dan pada gambar berikutnya huruf mim dimerahkan. Untuk membezakan hukum samaada mad lazim harfi mukhaffaf atau mad lazim harfi muthaqqal proses pengejaan huruf perlu dilakukan.Mad Lazim Harfi Detail
Lihat ejaan huruf tersebut. Alif Lam Mim. Pada huruf لام ( huruf م) bertemu dengan huruf mim (مّيم) menjadikannya bersabdu disebabkan idgham mithlain. Di sini huruf لام dinamakan mad lazim harfi muthaqqal kerana bertemu dengan huruf (مّيم).

mad – bermaksud panjang
lazim – lazim – sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
harfi – berlaku dalam huruf
muthaqqal (berat)-  selepas huruf mad terdapat sabdu

Lihat ejaan huruf Mim. Pada huruf ميم  ( huruf م) tidak terdapat sabdu selepasnya. Ia dinamakan mad lazim kalimi mukhaffaf

mad – bermaksud panjang
lazim – lazim – sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
harfi – berlaku dalam huruf
mukhaffaf (ringan )-  selepas huruf mad tidak terdapat sabdu.

Leave A Response

* Denotes Required Field