IKHFAK HAQIQI

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Simpanan Peribadi

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Antara hukum nun mati dan tanwin adalah ikhfak. Kesalahan ketika membaca ikhfak adalah membaca dengan tidak mendengungkan bacaan dengan kadar 2 harakat. Cara mendengungkan bacaan juga berbeza pada setiap huruf.
MAKSUD IKHFAK
Ikhfak dari segi bahasa adalah bermaksud tersembunyi.
Ikhfak dari segi istilah Ilmu Tajwid adalah : Membaca huruf yang bertanda sukun dengan bacaan antara izhar dan idgham beserta dengung.
 
HURUF-HURUF IKHFAK
Ikhfaq Haqiqi
Apabila huruf nun bertanda sukun (ن) ( dalam Mushaf Rasm Othmani tidak ditulis tanda sukun )atau huruf yang berbaris tanwin (dalam Mushaf Rasm Othmani kedua baris ditulis secara tidak selari) bertemu selepas keduanya salah satu huruf daripada 15 huruf di atas maka berlakulah hukum Ikhfak Haqiqi.
Baris Tanwin
Contoh Ikhfak

Bagi huruf nun sakinah ia bertemu dengan huruf-huruf dalam dua keadaan iaitu samaada di dalam satu kalimah ataupun di dalam dua kalimah.

Bagi tanwin ia hanya berlaku di dalam dua kalimah sahaja.

Cara bacaannya adalah sebutan antara izhar dan idgham.Ketika membaca ikhfak perlu didengungkan huruf nun. Cara meletakkan kedudukan lidah ketika bacaan dengung perlu diambil perhatian. Sekiranya pembaca meletakkan lidah menyentuh gusi atas sebelah hadapan maka ia akan menjadi seperti bacaan izhar. Maka idgham yang dibaca seperti ini adalah tidak tepat.

Berikut merupakan contoh ikhfak haqiqi yang terdapat di dalam al-Quran.

Contoh Ikhfak Dalam Dua Kalimah
Kelebihan Mempelajari Al-quran

Leave A Response

* Denotes Required Field