MAD ASLI

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Simpanan Peribadi

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mad Asli merupakan perkara yang asas yang perlu diketahui jika ingin membaca al-Quran dengan sempurna. Walaupun ia merupakan hukum yang mudah namun kesalahan ketika membaca huruf mad asli ini biasa juga dilakukan.

PENGERTIAN MAD

Mad dari segi bahasa – Menambah

Menurut Istilah Ilmu Tajwid – Memanjangkan sebutan suara pada huruf mad atau huruf lin.

Huruf mad  ada tiga iaitu
Huruf Mad
Dengan dua syarat iaitu huruf mad bertanda sukun dan huruf sebelumnya adalah berbaris seperti berikut :
Syarat Huruf Mad
Sekiranya sebelum huruf و dan huruf ي huruf berbaris di atas ia menjadi huruf lin seperti berikut:
Tidak dibaca panjang apabila menyambungkan bacaan tetapi apabila berhenti pada kalimah tersebut ia boleh dibaca panjang dengan kadar 2,4 atau 6 harakat.
Mad Lin
BAHAGIAN MAD
Mad terbahagi kepada 2 bahagian.
1- Mad Asli
2- Mad Far’i
Mad asli adalah merupakan mad yang wujud apabila huruf-huruf bertemu dengan huruf mad mengikut syarat yang telah disebutkan di atas. Sekiranya selepas huruf mad tersebut bertemu dengan huruf mad atau sukun maka mad far’i akan berlaku.
Kadar bacaan Mad Asli ini adalah sekadar dua harakat. Di dalam penulisan al-Quran Rasm Othmani huruf mad asli tidak ditulis tanda mati pada tiga huruf tersebut.
Mad Far’ie merupakan cabang hukum mad. Ia berlaku apabila bertemu huruf mad dengan :
  a ) Huruf Hamzah
  b ) Sukun
Terdapat juga Mad Far’ie yang berlaku antara Ha Dhomir dengan huruf hamzah.
 Kelebihan Mempelajari Al-quran

Leave A Response

* Denotes Required Field