MAD SILAH

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Telah kita sebutkan sebelum ini hukum berkenaan dengan Mad Munfassil dan Mad Muttasil.
Untuk kali ini kita akan memahami satu lagi hukum mad iaitulah mad silah.
Mad silah adalah mad yang mempunyai kaitan dengan huruf Ha yang digunakan oleh orang arab dalam percakapan mereka. Ha yang dimaksudkan adalah Ha mempunyai kaitan dengan kata ganti nama yang ( Ghaib ) yang( Mufrad)
( Muzakkar )
Contoh kalimah

Mad Silah

Ha ini adalah Ha Dhomir ( kata ganti nama ) ( Mufrad + Muzakkar ). Sesungguhnya Dia.

Untuk memahami istilah ini adalah seperti saya bercakap dengan anda berkenaan dengan seseorang yang lain.

Contohnya, :”Tadi aku nampak dia pergi ke Masjid”

‘Dia’ dalam contoh ini adalah kata ganti nama ketiga, seorang (Mufrad dalam istilah bahasa arab ).

Muzakkar ini bermaksud lelaki. Ini tiada dalam bahasa kita. Bahasa Arab membezakan kata ganti nama

seorang lelaki, seorang perempuan, dua orang lelaki, dua orang perempuan dan sebagainya. Untuk memahami perkara ini perlu belajar sedikit berkenaan asas bahasa arab dan ia  mudah.

Ha Ghaib Al-Mufrad Almuzakkar –

Contoh Mad Silah

Lihat huruf ha yang bergaris. Ini adalah Ha Ghaib Al-Mufrad Almuzakkar. Barisnya ada dua sahaja samaada berbaris depan / berbaris bawah sahaja. Tidak ada Ha ini yang berbaris atas. Tidak ada selamanya.

Bentuk Ha Silah

Lihat huruf Ha yang berwarna merah. Inilah  bentuk Ha yang dimaksudkan.

Jika Ha ini berada diantara 2 huruf yang berbaris, orang arab akan memanjangkan Dhommahnya (baris hadapannya ) atau Kasrahnya( baris bawahnya).

Silah ini maksudnya meyambungkan ia dengan huruf waw sekiranya ha itu berbaris depan, dan menyambungkan ia dengan huruf ya sekiranya ia berbaris bawah. – Sambungan ini hanya pada bacaan dan bukan tulisan. Cuma ulamak menuliskan huruf waw yang kecil sekiranya ia berbaris hadapan dan menuliskan ya yang kecil sekiranya ia berbaris bawah. Lihat contoh di atas.

TETAPI DENGAN SYARAT – IA terletak antara dua huruf yang berbaris.

Pembahagian Mad Silah

Bahagian Mad Silah 2

 

 

 

 

Kelebihan Mempelajari Al-quran

 

 

Leave A Response

* Denotes Required Field