TAJWID ALQURAN

PELAJARI ILMU TAJWID

 

Apakah hukum mempelajari ilmu Tajwid?

 

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. Untuk membaca al-Quran dengan tajwid yang betul hukumnya fardhu ain. Maknanya mesti dan wajib semua yang membaca al-Quran membaca dengan bertajwid.

Sedang mempelajari makna-makna istiah seperti mad asli, ikhfak hakiki, izhar halqi dan sebagainya hukumnya adalah fardhu kifayah.

Maknanya perlu dipelajari juga cara bacaan yang betul dan benar sebagaimana ia diturunkan. Mempelajarinya fardhu kifayah dan mengamalkannya fardhu ain.

 

Apakah penting bacaan a-Quran dengan betul? Ya sangat penting kerana berubahnya satu huruf yang dibaca, akan merubah maknanya. Contohnya di dalam surah al-Fatihah pada kalimah الحمد. Kalimah ini membawa maksud segala puji. Tetapi jika diganti ح kepada ه, menjadi الهمد , membawa maksud kematian. Nauzubillah.

 

Imam Syafie pernah berjumpa dengan ulamak-ulamak Mesir melihat mereka membawa kitab-kitab yang berat lalu imam Syafie memegang  satu mashaf al-Quran dan mengatakan ” Sungguh demi Allah,   kitab-kitab kalian itu menyibukkan kalian dari yang ini.”

 

Pelajarilah bacaan al-Quran yang betul dan tepat. Agar bacaan terjaga dan dihindarkan daripada kesalahan yang menyebabkan maknanya berubah. Dan merosakkan bacaan.

 

Imam Hafs

Leave A Response

* Denotes Required Field