kesalahan besar sebelum menghafaz

Kesalahan Ketika Menghafaz Al-Quran

kesalahan besar sebelum menghafaz

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkembangan institusi Tahfiz di Malaysia pada hari ini amat memberansangkan. Kita dapat melihat banyak Maahad Tahfiz yang dibuka. Boleh dikatakan di setiap kampung mahupun bandar pasti ada institu tahfiz. Keadaan pasti berbeza pada sepuluh atau lima belas tahun dahulu. Dulu orang mungkin akan bertanya dalam nada sini, “Anak belajar Tahfiz esok nak makan apa?”. Ini soalan yang perlu ibu dan ayah hadapai ketika itu.

 

Alhamdulillah sekarang sudah tidak begitu. Ramai orang sudah celik mata. Orang sudah mula menerima dan ia tidak menjadi satu perkara yang pelik untuk menghantar anak ke maahad tahfiz.

Kesedaran dalam menghafaz kalam Allah ini juga tidak hanya terkesan kepada golongan biasa. Malah di kalangan usahawan, peniaga juga sudah ada yang menanam minat untuk menghafaz ayat al-Quran. Ia satu perkembangan yang sangat positif.

Pelbagai program dan kaedah hafazan semakin banyak diilhamkan. Pelbagai teknik. Dan ini merupakan perkembangan yang baik dalam melahirkan mereka yang celik al-Quran ini.

 

BACAAN YANG BENAR.

Satu perkara yang mungkin perlu diberi perhatian adalah, bagi mereka yang ingin menghafaz ayat al-Quran, perlu memulai hafazan dengan membaca dengan betul terlebih dahulu. Langkah ini, membetulkan bacaan sebelum menghafaz adalah satu langkah yang sangat penting.

 

Apa berlaku sekiranya hafazan  tidak dibetulkan  semenjak awal  al-Quran mula dihafaz? Tidak memperbetulkan bacaan di hadapan guru yang mahir? Masalah yang timbul adalah kesalahan bacaan. Dan sekiranya ingin membetulkan semula hafazan itu, anda akan menghadapi kesulitant untuk membetulkan semula bacaan.

 

Sebab itu sangat penting untuk mempunyai guru yang dapat membantu anda ketika mula menghafaz. Nabi sollallahu alaihi wasallam membaca di hadapan Jibril, kita sebagai pengikut baginda juga perlu guru yang dapat membimbing bacaan kita.

Carilah guru anda sekarang. Mereka ada diluar sana.

 

Kelebihan Mempelajari Al-quran

Leave A Response

* Denotes Required Field