PENGUMPULAN AL-QURAN ZAMAN ABU BAKAR PERKARA BID’AH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ADAKAH PENGUMPULAN AL-QURAN ZAMAN ABU BAKAR PERKARA BID’AH?

Jika diperhatikan, kita tidak dapat mengatakan pengumpulan al-Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar assiddiq adalah satu perkara baharu atau amalan yang diada-adakan. Mengapa?

Pada zaman Rasulullah sollallohu alaihi wasallam, baginda telah memerintahkan kepada para sahabat yang terpilih untuk menulis ayat Al-Quran pada beberapa bahan seperti tulang-tulang, perca-perca dan lain-lain.

Khalifah Abu Bakar as-siddiq menyatukan dan menghimpunkan  dalam satu tempat. Khalifah Abu Bakar menyimpan mashaf itu sehinggalah beliau meninggal dunia. Seterusnya disimpan oleh Khalifah kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab ketika menjadi khalifah.

Selepas khalifah Umar radhiallahu anhu meninggal dunia, mushaf itu disimpan oleh anak beliau iaitu Hafsah binti Umar.  Selepas meninggal Hafsah radhiallahu anha, mushaf tersebut diminta oleh Marwan yang ketika itu adalah Gabenor Madinah. Mushaf tersebut diserahkan oleh adik Hafsah radhiallahu anha iaitu Abdullah Bin Umar radhiallahu anhu.

Mushaf itu telah dibakaar selepas selesai Khalifah Saidina Uthman radhiallahu anhu menyalin beberapa mashaf pada zamannya.

Begitu juga dengan mashaf-mashaf lain kesemuanya diperintahkan untuk dibakar.

Kita telah bincangkan berkenaan pengumpulan al-Quran pada zaman Khalifah  Uthman radhiallahu anhu pada entry ini.

Begitulah ambil beratnya para sahabat berkenaan kitab suci al-Quran ini. Ia merupakan usaha berterusan dalam memelihara mukjizat agung ini. Dan pemeliharaan ini(al-Quran), adalah satu perkara yang menjadi jaminan Allah subhanahu wataala.

Firman Allah subhanahu wataala,

“(إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9”

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Ini bermakna perkara ini (pengumpulan al-Quran ) pada zaman Khalifah Abu Bakar as-siddiq bukanlah satu perkara bid’ah. Wallahu a’lam.

Mohon share

Imam Hafs

Leave A Response

* Denotes Required Field