ADAB MENUNTUT ILMU

Hakikatnya, kita semua sedar bahawa menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan ke atas seorang Islam. Bahkan sebagai seorang manusia kita memang selalu belajar dalam hidup ini. Dan Islam merupakan satu agama yang mengajar tentang ada kepada penganutnya.

Nabi Muhammad ( baca selawat atas baginda ) mengakui, salah satu tugas baginda adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Imam al-Ghazali yang terkenal dengan karya ilmiahnya dan dibaca sehingga ke hari ini, ada memberikan petunjuk dan bimbingan kepada para penuntut ilmu. Beliau berpesan kepada mereka yang ingin memakai baju penuntut ilmu, perlu mengetahui dan genggam adab murid kepada seorang guru.

 

Adab Murid Kepada Guru Oleh Imam al-Ghazali.

  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri ketika guru masuk dan keluar dari tempat belajar
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk di tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapatkan keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *