BELAJAR ALQURAN SENDIRI

Ada yang bertanya cara bagaimana nak belajar membaca al-Quran sendiri. Berikut merupakan halangan bagi seseorang untuk mempelajari al-Quran secara berguru.

  1. Ya dengan kesibukan tugas harian mencari sesuap nasi, membesarkan anak kadang kita tidak sempat untuk masa untuk diri sendiri. Apatah lagi meluangkan masa sendiri untuk belajar. Kesibukan ini antara batu halangan.
  2. Malu, segan juga halangan dari dalam diri menyebabkan keinginan dan cita-cita untuk  belajar al-Quran tertangguh. Bertahun tertangguh.
  3. Yuran untuk membayar guru. Kadang poket kita tidak mengizinkan.

Apapun diding penghalang, untuk belajar alQuran secara sendiri, ia tidak digalakkan.

Kerana cara yang telah ditunjuk dan diteladani dari Nabi Muhammad ( selawat atas baginda) adalah belajar perlu berguru. Terutama ilmu agama. Jika untuk belajar ilmu kemahiran boleh sahaja tengok dalam Youtube dan saluran yang lain.

TETAPI,

Al-Quran diturunkan melalui Malaikat Jibril dan diajarkan oleh Rasulullah (baca selawat atas baginda ) kepada para sahabat. Dan ia (al-Quran) diturunkan (baca diajar ) kepada generasi seterusnya melalui talaqqi.

Apakah kaedah Talaqqi? Baca sini.

Apapun ini antara yang boleh dilakukan untuk belajar membaca al-Quran.

  1. Mencari guru yang mahir. Anda boleh bertanya di Masjid. Bahkan di Masjid ada sahaja Ustaz yang dipanggil untuk mengajar al-Quran secara beramai-ramai.
  2. Belajar melalui youtube. Ini boleh jika anda belajar asas huru. Pun begitu amat penting untuk anda bertalaqqi bacaan daripada ustaz.
  3. Belajar mengenal huruf terlebih dahulu.
  4. Mendengar berkali-kali bacaan surah pendek terlebih dahulu. Terutama Surah Al-Fatihah. Saya cadangkan anda dengar bacaan Syeikh Mahmood Khalil al-Husary (1980)
  5. Doa dan mohon kepada Allah agar dipermudahkan anda untuk belajar al-Quran.
  6. Sabar dan istiqomah ( teruskan ) sehingga berjaya.

Kesimpulannya untuk mempelajari bacaan al-Quran tidak digalakkan mendengar sahaja daripada youtube. Perlu mencari guru yang mahir kerana mereka akan membantu mendengar seterusnya membetulakn bacaan anda.

Allah tetapi memberikan ganjaran sangat besar bagi mereka yang membuka jalan untuk menuntut ilmu.

Hadith dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dia berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR. Muslim, no 2699)

Semoga kita menjapat ganjaran ini, ganjaran besar bagi penuntut ilmu.

Imam Hafs

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *